[ مصدر الفتوى]




هل قرآءة سورة الإخلاص تعدُل ثُلث القرآن ؟

Adakah membaca Surah Al-Ikhlas menyamai sepertiga Al-Qur'an
?


والجواب لأولي الألباب:

Jawaban untuk Ulul Albaab -orang-orang yang memikirkan-:


يا معشر المسلمين،
إني أدعوكم إلى الرجوع إلى كتاب الله ربّ العالمين ذلك القرآن العظيم وإذا لم نجد ضالتنا في كتاب الله القرآن العظيم فليس لدينا إلا التّوجّه إلى سنّة محمد رسول الله للبحث عن ضالتنا وليس لدى ناصر محمد اليماني غير ذلك شيئاً كتاب الله وسُنّة رسوله عليه الصلاة والسلام، ولكني لست إمّعةً أصماً أبكما أعمى عن الحقّ، وأعوذ بالله أن أتبع ما ليس لي به علم وقد جعل الله لي سمعاً وبصراً وفؤاداً؛ لهيمٌ فهيمٌ ذو فرقانٍ من لدنه تعالى لأُفرِّق بين الحقّ والباطل وأفرك الباطل بنعل قدمي وأجعل كتاب الله وسُنّة رسوله الحقّ فوق رأسي.

Wahai sekalian muslim,

Sesungguhnya aku seru kalian untuk kembali kepada Kitabullah Al-Qur'an yang agung, sekiranya kita tidak menemukan apa yang kita cari pada Al-Qur'an, maka tiadalah bagi kita selain mengarahkan pencarian kita pada Sunnah Muhammad Rasulullah untuk menemukannya, tiadalah bagi Naser Mohammed Al-Yamani sedikitpun selain dari Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW.

Bahkan aku bukan pengikut yang tuli, bisu dan buta terhadap kebenaran, aku berlindung kepada Allah dari mengikuti sesuatu yang aku tidak mengetahuinya, kerana Allah telah menjadikan pendengaran, penglihatan dan mata hati untukku; yang sangat menawan lagi memiliki kefahaman dari sisi-Nya, yang dapat mengenalpasti dan membezakan agar aku pisahkan antara hak dan batil, aku buang dan hapuskan kebatilan (semudah menggosok kotoran) dengan sandal di kakiku, dan aku menjadikan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah yang hak di atas kepalaku (menjunjung tinggi Al-Qur'an dan Sunnah Nabi).


ويا عجبي من عُلماء المُسلمين من الذين يعلّمون الأمّة أحاديثَ واردة قبل أن يقومون بالمقارنة بينها وبين القرآن العظيم هل تخالف القرآن في شيء؟ كمثال الحديث الذي يقول بأن الله ثالث ثلاثة في القرآن العظيم وذلك ما يريده أهل الباطل في حديثهم المُفترى عن رسول صلّى الله عليه وآله وسلم ومنها:

روى البخاري عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّ رَجُلًا سَمِعَ رَجُلًا يَقْرَأُ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ يُرَدِّدُهَا فَلَمَّا أَصْبَحَ جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ، وَكَأَنَّ الرَّجُلَ يَتَقَالُّهَا [أي يراها قليلة] فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ) وروى مسلم عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ فِي لَيْلَةٍ ثُلُثَ الْقُرْآنِ؟ قَالُوا: وَكَيْفَ يَقْرَأْ ثُلُثَ الْقُرْآنِ. قَالَ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ تَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ وروى مسلم عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: احْشُدُوا فَإِنِّي سَأَقْرَأُ عَلَيْكُمْ ثُلُثَ الْقُرْآنِ فَحَشَدَ مَنْ حَشَدَ، ثُمَّ خَرَجَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَرَأَ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ثُمَّ دَخَلَ، فَقَالَ بَعْضُنَا لِبَعْضٍ: إِنِّي أُرَى هَذَا خَبَرٌ جَاءَهُ مِنْ السَّمَاءِ، فَذَاكَ الَّذِي أَدْخَلَهُ، ثُمَّ خَرَجَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: إِنِّي قُلْتُ لَكُمْ سَأَقْرَأُ عَلَيْكُمْ ثُلُثَ الْقُرْآنِ، أَلَا إِنَّهَا تَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ.
ــــــــــــــــــ

Betapa mengherankanku ulama muslim dari kalangan orang-orang yang mengajarkan hadits-hadits kepada umat sebelum mereka membuat perbandingan antara hadits-hadits itu dengan Al-Qur'an yang agung, apakah padanya ada sesuatu yang bertentangan dengan Al-Qur'an
?

Seperti hadits yang menyatakan bahawa Allah adalah satu dari tiga dalam Al-Qur'an, itulah yang diinginkan oleh ahli kebatilan pada hadits rekaan mereka yang merupakan pendustaan terhadap Rasulullah SAW, di antaranya adalah:

Hadits yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari (6643) dari Abu Sa'id RA, bahwa ada seseorang mendengar orang lain membaca
[قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ]
dia mengulang-ulanginya, maka di pagi harinya dia mendatangi Rasulullah saw lalu menceritakannya, seolah-olah orang ini menganggapnya sedikit. Maka Rasul saw bersabda:
"Demi Allah yang jiwaku ada ditangan-Nya, sesungguhnya ia menyamai sepertiga al-Qur'an."

Imam Muslim meriwayatkan (811) dari Abu Darda' dari Nabi saw beliau bersabda:
"Apakah salah seorang kamu tidak mampu membaca sepertiga al-Qur'an dalam satu malam?
Mereka bertanya:
"Bagaimanakah ia membaca sepertiga al-Qur'an?

Beliau bersabda:
[قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ]
menyamai sepertiga al-Qur'an."

Imam Muslim juga meriwayatkan dari Abu Hurairah ra, dia berkata Rasulullah saw bersabda:
"Berkumpullah, aku akan membacakan pada kalian sepertiga al-Qur'an."
Maka berkumpullah orang-orang yang berkumpul, kemudian Nabi saw keluar lalu membaca
[قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ]
kemudian beliau masuk. Maka sebagian kita berkata kepada sebagian yang lain:
"Saya mengira ini adalah wahyu datang dari langit. Maka itulah yang membuat beliau masuk rumah, kemudian Nabi Allah saw keluar lagi, lalu bersabda:
"Saya tadi mengatakan kepada kalian bahwa saya akan membacakan pada kalian sepertiga al-Qur'an, ingatlah sesungguhnya ia menyamai sepertiga al-Qur'an."
____________


ولكن الإمام الحقّ ناصر محمد اليماني يكفر بأحاديث الباطل جُملةً وتفصيلاً، وأشهد أن لا إله إلا الله الأحد الصمد لم يلد ولم يولد ولم يكن لهُ كفواً أحد؛ وجميع ما جاء في القرآن العظيم من الحقّ ليس إلا يدعوا إلى حقيقة هذا القول الثقيل:
( لا إله إلا الله وحده لا شريك له )

Akan tetapi Imam yang hak Naser Mohammed Al-Yamani -pembela Muhammad dari Yaman- mengingkari sepenuhnya akan hadits-hadits batil dengan terperinci, aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, Tuhan yang segala sesuatu bergantung kepada-Nya, Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tiada sesuatu apapun yang setara dengan-Nya; bahawa semua kebenaran yang ada dalam Al-Qur'an yang agung, tidak lain tidak bukan melainkan seruan kepada hakikat perkataan yang berat ini:

Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya


وكذلك جميع الكتب السّماويّة التي بعث الله به رُسله إلى العباد خلاصتها
هو هذا القول الثقيل :
( لا إله إلا الله وحده لا شريك له )
فلا نعبد سواه ولا نعدل به أحداً سبحانه!

Demikian juga seluruh kitab-kitab samawi yang dibawa oleh para utusan Allah kepada hamba-hamba-Nya, intinya adalah perkataan yang berat ini:

Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya

Supaya kita tidak menyembah selain-Nya, dan tidak menyamakan-Nya dengan sesuatu apapun,
Maha Suci Dia
!


فهل جاء جميع الأنبياء والمرسلين إلا بهذا القول: { قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ }؟
( لا إله إلا هو وحده لا شريك له)
وذلك خلاصة ما جاء في جميع الكتب السّماويّة إلى النّاس،
وقال الله تعالى:
{ وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ }
صدق الله العظيم [الأنبياء:٢٥]،

وقال الله تعالى:
{ وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أمّة رَّسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ }
صدق الله العظيم [النحل:٣٦]

Bukankah seluruh nabi dan rasul telah datang dengan membawa seruan ini:

Katakanlah: Dia-lah Allah Yang Maha Esa
?

Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya

Demikianlah intisari seruan yang hak dalam seluruh kitab samawi untuk manusia

Allah Ta'ala berfirman:

Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan [yang hak] melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku". (25)
Maha Benar Allah
[Al-Anbiya]

Firman Allah Ta'ala:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat [untuk menyerukan]: "Sembahlah Allah [saja], dan jauhilah Thaghut itu"
Maha Benar Allah
[An-Nahl]


والقول الثقيل هو حقيقة وخلاصة جميع ما جاء في الكتب السّماويّة، وكذلك حقيقة وخلاصة جميع ما جاء به القرآن العظيم وجميع القرآن يجادل ويبرهن بالحقّ بالقصاص والعذاب نظراً لعدم توحيد الله، وذلك لأن المشركين بربّهم يعدلون فيجعلون له نِداً ثانياً وثالثاً، ولذلك قال أهل الباطل لكم أن قل هو الله أحد تعدل ثُلث القرآن، ويوهمونكم بأنّ رسول الله يقصد الأجر بقوله: أن الله الأحد يعدل ثلث القرآن في الأجر؛ بل هم يريدون الباطل ليجعلون الله ثالث ثلاثة فأصبح الله الأحد الصمد لم يلد ولم يولد ولم يكن لهُ كفواً أحد لا يعدل إلا ثلث القرآن، ولكن محمد رسول الله
لم يقُل ذلك بل قال:
[ من قرأ القرآن فإنّ له بكل حرفٍ حسنة، والحسنة بعشر أمثالها،


ولا أقول (الم) حرف بل ألف حرف واللام حرف والميم حرف ]
وكذلك أمركم الله بتلاوة كتابه العزيز وتدبّره لتعلموا أنّه
( الله لا إله إلا هو وحده لا شريك له )
فتزيدكم آيات القرآن إيماناً وتثبيتاً على أنه
( الله لا إله إلا هو وحده لا شريك له )،

Perkataan yang berat itu adalah hakikat dan intipati seluruh yang ada pada kitab-kitab samawi, demikian juga hakikat dan intipati seluruh yang terkandung dalam Al-Qur'an yang agung.

Al-Qur'an itu seluruhnya membahas dan membuktikan dengan kebenaran terhadap hukuman dan seksaan mengenai ketiadaan tauhid terhadap Allah, demikian ini kerana orang-orang musyrik itu menyekutukan Tuhan mereka dengan mengadakan untuk-Nya kesetaraan yang kedua dan ketiga, kerana itu ahli kebatilan mengatakan kepada kalian bahawa
"Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa"
menyamai sepertiga Al-Qur'an.

Mereka menipu untuk mempengaruhi kalian agar percaya bahawa Rasulullah bermaksud ianya mengenai pahala ganjaran dengan ucapannya:
Sesungguhnya Allah Yang Maha Esa menyamai sepertiga Al-Qur'an dalam pahala ganjaran; padahal mereka itu menginginkan kebatilan agar mereka dapat menjadikan Allah itu satu dari tiga, maka jadilah "Allah-lah Yang Maha Esa, Tuhan yang segala sesuatu bergantung kepada-Nya, Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tiada sesuatu apapun yang setara dengan-Nya", tidak menyamai melainkan sepertiga Al-Qur'an, akan tetapi Muhammad Rasulullah tidak menyatakan demikian, bahkan Muhammad mengatakan:

Barangsiapa yang membaca Al-Qur'an, maka dengan setiap huruf itu ada kebaikan untuknya, dan setiap kebaikan dibalas sepuluh kali ganda, aku tidak mengatakan
(الم -alif laam miim)
itu satu huruf, namun alif itu satu huruf, laam itu satu huruf dan miim itu satu huruf

Demikian juga Allah telah memerintahkan kalian untuk membaca Kitab-Nya dan bertadabbur terhadap ayat-ayat Al-Qur'an agar kalian mengetahui bahawasanya

Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya

Maka ayat-ayat Al-Qur'an itu menambahkan keimanan dan keteguhan dalam hati kalian bahawasanya

Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya


ولكن الذين يقولون على الله ورسوله الكذب وهم يعلمون لهم مآرب أخرى ومنها ليجادلكم أهل الباطل فيقولون:
“ما دام الله الأحد يعدل ثلث القرآن فقد بقي ثلثين وهما المسيح عيسى ابن مريم وأمّه إذاً الله ثالث ثلاثة” .

Namun begitu orang-orang yang mengatakan kebohongan terhadap Allah dan Rasul-Nya sedang mereka mengetahui tujuan-tujuan lain mereka, di antaranya adalah supaya ahli kebatilan membantah kalian dengan mengatakan: "Selagimana Allah Yang Maha Esa itu menyamai sepertiga Al-Qur'an, maka sesungguhnya masih tersisa duapertiga, dan keduanya adalah Al-Masih 'Isa Putra Maryam dengan bondanya, jika demikian maka Allah adalah satu dari tiga"


ولكني أنا المهدي المنتظر الحقّ حقيق لا أقول على الله ورسوله غير الحقّ

أفتي بأن القول الثقيل :
( لا إله إلا الله وحده لا شريك له )
لا يعدله شيئاً في الكتاب ولا إله غيره في الكتاب، ولا يعدل أجر كلمة التوحيد بالإخلاص في الميزان جميع السماوات والأرض يرجح بهنّ وزن كلمة التوحيد في الميزان، وذلك هو القول الثقيل في القرآن العظيم وجميع ما جاء في القرآن يخاطب بالبرهان أنه الله لا إله إلا هو، فاتقوا الله واتّبعوني فلا تشركون بالله أحد ولا تدعون مع الله أحد ولا تعبدون إلا الله وحده لا شريك له تلقون الله بقلوب سليمة،

Akan tetapi sesungguhnya aku, Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak, sudah selayaknya aku tidak mengatakan terhadap Allah dan Rasul-Nya melainkan kebenaran, aku fatwakan bahawa perkataan yang berat itu:

Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya

tidak menyamainya suatu apapun dalam Kitabullah dan tiada tuhan yang berhak disembah selain-Nya dalam Kitabullah, dan seluruh langit dan bumi tidak dapat menyamai pahala ganjaran kalimah Tauhid dengan keikhlasan dalam timbangan, yang mana bobot kalimah Tauhid itu lebih berat dalam timbangan berbanding seluruh langit dan bumi, demikian itulah perkataan yang berat dalam Al-Qur'an yang agung.

Seluruh isi kandungan Al-Qur'an membicarakan dengan bukti bahawa Allah, tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Dia, maka merasa takutlah kalian terhadap-Nya, bertakwalah kalian kepada Allah dan ikutlah aku, janganlah kalian menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, janganlah kalian menyeru sesuatu apapun di samping Allah, dan janganlah kalian menyembah selain Allah Yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya agar kalian bertemu Allah dengan hati yang bersih

ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ


ولربما يود أحدكم أن يقاطعني فيقول :
إنما يقصد الأجر
فنقول :
إنما ذلك تمويه من المفترين بل الأجر في قراءة القرآن هو كما علمكم محمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم بأن لقارئ القرآن بكل حرف حسنة ولا أقول
{ أَلَمْ } حرف بل ألف حرف و اللام حرف والميم حرف وكذلك يريد المنافقون أن لا تتدبروا القرآن فيقول ما دام سورة الإخلاص تعدل ثلث القرآن فسوف أقرأها ثلاث مرات في اليوم وكأني ختمت القرآن في يوم ومن ثم يتولى عن التدبر في آيات القرآن العظيم ويكتفي بقراءة سورة الإخلاص ثلاث مرات في اليوم وكأنه قرأ القرآن كُله فلا داعي أن يتعب نفسه في قراءة القرآن !!

Barangkali seseorang dari kalian mahu memotong ucapanku dengan mengatakan:

Sesungguhnya yang dimaksudkan adalah pahala ganjaran

Maka kami katakan:

Sesungguhnya yang demikian itu hanyalah kamuflase –kesamaran- dari orang-orang yang mengadakan kedustaan, padahal pahala ganjaran dalam membaca Al-Qur'an adalah sebagaimana yang Muhammad Rasulullah SAW ajarkan kepada kalian, bahawa bagi pembaca Al-Qur'an itu dengan setiap huruf ada kebaikan (pahala), aku tidak mengatakan
(الم -alif laam miim)
itu satu huruf, namun alif itu satu huruf, laam itu satu huruf dan miim itu satu huruf, demikian juga orang-orang munafik menginginkan agar kalian tidak mentadabburi Al-Qur'an dengan mengatakan, selagimana Surah Al-Ikhlas itu menyamai sepertiga Al-Qur'an, maka kelak aku akan membacanya tiga kali dalam sehari, seakan-akan aku telah mengkhatamkan seluruh Al-Qur'an itu dalam sehari, lalu dia berpaling dari mentadabburi ayat-ayat Al-Qur'an yang agung dengan mencukupkan dirinya hanya dengan membaca Surah Al-Ikhlas tiga kali dalam sehari, seolah-olah dia telah membaca seluruh Al-Qur'an, jadi tidak perlulah dia memenatkan dirinya membaca Al-Qur'an
!!


ولكن ناصر اليماني يفتيكم في سورة الإخلاص أنها حقيقة جميع ما يدعو إليه هذا القرآن العظيم
وتهدي إلى صراط العزيز الحميد الذي عرف لكم صفات ذاته سبحانه في
سورة الإخلاص
أنه الأحد الصمد وأنه لم يلد ولم يولد وأنه لم يكن له كفواً أحد وجميع ما جاء في القرآن العظيم وفي جميع الكتب السماوية تدعو إلى التصديق بما جاء في سورة الإخلاص وباقي القرآن تجدونه يجادل عن حقيقة سورة الإخلاص ويدعوكم إلى توحيد ربكم بأنه الأحد لا إله إلا هو ولا ثاني له لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفواً أحد ..
وذلك هو كُل ما جاء به القرآن العظيم وكذلك جميع الكتب السماوية من قبله

Akan tetapi Naser Mohammed Al-Yamani berfatwa kepada kalian mengenai Surah Al-Ikhlas, bahawa ianya adalah hakikat seluruh seruan dari Kitabullah Al-Qur'an ini, yang memberi petunjuk ke jalan Tuhan Maha Perkasa lagi Maha Terpuji, yang mengenalkan kepada kalian sifat-sifat Dzat Allah Maha Suci Dia dalam
Surah Al-Ikhlas,
bahawasanya Allah-lah Yang Maha Esa, Tuhan yang segala sesuatu bergantung kepada-Nya, dan bahawasanya Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan bahawasanya Allah itu, tiada sesuatu apapun yang setara dengan-Nya.

Seluruh isi kandungan Al-Qur'an yang agung dan seluruh kitab samawi menyeru terhadap pembenaran dan pembuktian bagi intisari kandungan Surah Al-Ikhlas, dan ayat-ayat Al-Qur'an yang selainnya (Al-Ikhlas) itu, kalian akan menemukan ianya membahas dan membicarakan tentang hakikat Surah Al-Ikhlas, dan menyeru kalian untuk mentauhidkan Tuhan kalian, menyatakan bahawa Allah-lah Yang Maha Esa, tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Dia, tidak ada yang kedua bagi-Nya, Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tiada sesuatu apapun yang setara dengan-Nya..

Demikian itulah intisari seluruh isi kandungan Al-Qur'an yang agung, demikian juga dalam seluruh kitab samawi sebelum Al-Qur'an.


وقال الله تعالى:
{ وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ }
صدق الله العظيم . [الأنبياء: ٢٥]


Allah Ta'ala berfirman:
Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan [yang hak] melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku". (25)
Maha Benar Allah
[Al-Anbiya]


فكيف تجعلون ذلك ثلث القرآن أفلا تعقلون بل جميع ماجاء في القرآن يدعو إلى
حقيقة القول الثقيل لا إله إلا الله الأحد ،

Lalu bagaimana pula kalian menjadikan demikian itu sepertiga Al-Qur'an, maka tidakkah kalian memikirkan, bahkan seluruh intisari kandungan dalam Al-Qur'an menyeru kepada
Hakikat perkataan yang berat TIDAK ADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH KECUALI ALLAH YANG MAHA ESA


ولا أعلم بشيء يزن هذا القول الثقيل حتى لو جُعلت السماوات والأرض وما بينهما
في كفة وكلمة التوحيد في كفة لرجحت كلمة
لا إله إلا الله الأحد لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفواًً أحد..

Aku tidak tahu ada sesuatu yang sebobot dengan perkataan yang berat ini, sekalipun seandainya seluruh langit dan bumi beserta semua yang ada di antara keduanya itu diletakkan pada neraca timbangan, dan kalimah Tauhid diletakkan pada sebelah timbangan neraca itu, nescaya yang lebih berbobot dan berat adalah kalimah

TIDAK ADA TUHAN SELAIN ALLAH YANG MAHA ESA, DIA TIDAK BERANAK DAN TIDAK DIPERANAKKAN, DAN TIADA SESUATU APAPUN YANG SETARA DENGAN-NYA..


فكيف يفتنونكم عن عقيدتكم يامعشر عُلماء الأمة فتجعلون ذلك يعدل ثُلث القرآن

أفلا تتقون !!

Bagaimana mereka ini sampai dapat memfitnah kalian mengenai akidah kalian wahai sekalian ulama umat, hinggakan kalian menjadikan ianya menyamai sepertiga Al-Qur'an, maka mengapakah kalian tidak merasa takut terhadap Allah, mengapakah kalian tidak bertakwa kepada-Nya!!


وسلامُ على المُرسلين والحمدُ لله رب العالمين
خليفة الله الإمام المهدي ناصر محمد اليماني

Salam ke atas para Rasul dan segala pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam

Khalifah Allah Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani


sumber:
https://worodwabayan.wordpress.com/2...2%D8%B1%D8%A2/