>المصدر<

[ لمتابعة رابط المشاركـــــــــــــة الأصليّة للبيــــــــان ]
lihat postingan asal keterangan


الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
27 - 08- 1436 هـ
14 - 06 - 2015 مـ
03:19 صباحاً
ـــــــــــــــــ



تحريم الأكاذيب والافتراء بين الأحزاب على بعضهم البعض تحت مسمّى الحرب النفسيّة، فاتقوا الله وكونوا مع الصادقين..

Larangan bohong membohongi dan fitnah memfitnah antara satu pihak terhadap pihak yang lain, dari kalangan golongan-golongan dan parti-parti, dengan mengatas namakannya sebagai perang psikologi, maka bertakwalah kalian kepada Allah, merasa takutlah kalian terhadap-Nya, dan jadilah kalian semua beserta orang-orang yang benar..


بسم الله الرحمن الرحيم، وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين ..
سلام الله عليكم ورحمته وبركاته أحبتي الأنصار السابقين الأخيار، ورمضانٌ مباركٌ علينا وعليكم وعلى جميع المسلمين في العالمين، وما نريد قوله لكم أحبتي في الله:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, salam ke atas para Rasul dan segala pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

Salam dari Allah ke atas kalian beserta rahmat-Nya dan keberkahan-Nya wahai para kekasihku Ansar Pendahulu Terbaik, semoga bulan Ramadhan yang penuh berkah atas kami dan kalian, juga atas seluruh muslim di dunia, apa yang ingin kami katakan kepada kalian wahai kekasihku di Jalan Allah
ialah:


لا داعي لنقل الإشاعات والأكاذيب بين الأحزاب إلى موقعنا كون هذه حرب الكذب بينهم والافتراء بغير الحقّ، وهي بما يسمّونها بالحرب النفسيّة فيما بينهم بنشر إشاعاتٍ وأكاذيب. ولا يجوز للأنصار نقل إشاعاتٍ وأكاذيب الأحزاب والتبليغ بها لا في موقعنا ولا فيما سواه حتى يتبيّن لهم حقيقة الشيء على الواقع الحقيقي وبالبرهان المبين؛ وخصوصاً الأنصار، فهل تريدون فتنة بعضكم البعض؟ كون بعض الأنصار يربط إيمانه وبيعته بتسليم القيادة من علي عبد الله صالح إلى الإمام المهديّ إلا عبيد النعيم الأعظم.

Tidak perlu menukilkan propaganda-propaganda dan kebohongan-kebohongan yang terjadi di kalangan golongan-golongan dan parti-parti ke website kita, kerana perang dusta ini adalah di antara mereka, fitnah memfitnah tanpa alasan yang benar, inilah yang mereka namakannya sebagai perang psikologi yang terjadi di antara mereka, dengan menyebarkan propaganda-propaganda dan kebohongan-kebohongan.

Tidak boleh bagi Anshar untuk menukilkan propaganda dan kebohongan oleh golongan-golongan dan parti-parti, tidak boleh menyampaikannya di website kita dan tidak boleh juga di tempat lain, sehingga jelas bagi mereka kebenaran sesuatu itu benar-benar fakta yang berlaku dan dengan disertai bukti yang nyata; khususnya para Anshar, adakah kalian mahu saling fitnah memfitnah antara satu sama lain? Kerana ada beberapa Anshar yang kepercayaan mereka dan bai'ah mereka itu, terikat dengan penyerahan kepimpinan dari Ali Abdullah Saleh kepada Imam Mahdi, kecuali para pengabdi An-Na'eem Al-A'dzom.


وعلى كلّ حالٍ، فلا يشارك الأنصار بنشر أكاذيب الأحزاب تحت مسمّى الحرب النفسيّة كون الإمام المهدي صادقٌ ظاهراً وباطناً وليس لديه كذبٌ وافتراءٌ تحت مسمّى الحرب النفسيّة على أعدائه بالكذب والافتراء، ونعوذ بالله أن نكون من الكاذبين أمثالهم؛ بل ننطق بالحقّ بما نراه فيهم من غير ظلمٍ ولا افتراءٍ.

Bagaimanapun, janganlah ada Anshar yang turut serta menyebarkan kebohongan-kebohongan dari golongan dan parti dengan mengatasnamakannya sebagai perang psikologi, kerana Al-Imam Al-Mahdi adalah orang yang benar pada zahir dan batin, tiada padanya kedustaan dan kebohongan atas nama perang psikologi terhadap musuh-musuhnya dengan berbuat dusta dan berbohong.

Aku berlindung kepada Allah dari menjadi kalangan pendusta seperti mereka; bahkan kami nyatakan dengan kebenaran terhadap perkara yang kami lihat ada pada mereka, tanpa ada sebarang kezaliman atau kebohongan.


فلا تشغلكم أكاذيب الأحزاب وحروبهم النفسيّة عن الدعوة والتبليغ بالبيان الحقّ للقرآن العظيم، فكونوا مع الصادقين أحبتي في الله كما كان صحابة رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم وهم أنصاره السابقين الأخيار. وتذكروا قول الله تعالى: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ (119) مَا كَانَ لِأَهْلِ الْمَدِينَةِ وَمَنْ حَوْلَهُم مِّنَ الْأَعْرَابِ أَن يَتَخَلَّفُوا عَن رَّسُولِ اللَّهِ وَلَا يَرْغَبُوا بِأَنفُسِهِمْ عَن نَّفْسِهِ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ وَلَا نَصَبٌ وَلَا مَخْمَصَةٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَطَئُونَ مَوْطِئًا يَغِيظُ الْكُفَّارَ وَلَا يَنَالُونَ مِنْ عَدُوٍّ نَّيْلًا إِلَّا كُتِبَ لَهُم بِهِ عَمَلٌ صَالِحٌ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ (120) وَلَا يُنفِقُونَ نَفَقَةً صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً وَلَا يَقْطَعُونَ وَادِيًا إِلَّا كُتِبَ لَهُمْ لِيَجْزِيَهُمُ اللَّهُ أَحْسَنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (121) ۞ وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ (122)} صدق الله العظيم [التوبة].

Janganlah propaganda, kebohongan dan perang psikologi mereka ini menyibukkan kalian dari seruan dakwah dan menyampaikan keterangan yang benar -Bayan Al-Haqq- bagi Al-Qur'an yang agung.

Maka jadilah kalian semua beserta orang-orang yang benar seperti para sahabat Rasulullah SAW wahai para kekasihku di Jalan Allah, mereka adalah Anshar Pendahulu Nabi yang terbaik, yakni penolong-penolong awal terbaik Rasulullah SAW.

Ingatlah kalian semua akan firman Allah Ta'ala:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. (119)

Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan orang-orang yang di sekeliling mereka dari orang-orang "A`rab" ketinggalan daripada (turut berperang bersama) Rasulullah; dan tidaklah patut mereka mengasihi diri mereka sendiri dengan tidak menghiraukan Rasulullah. Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap kali) mereka merasai dahaga dan merasai penat lelah dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah, dan (tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir dan juga (tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (120)

Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil atau yang besar dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkan ditulis pahala bagi mereka, supaya Allah membalas dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (121)

Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). (122)
Maha Benar Allah
[At-Tawbah]


وسلامٌ على المرسلين والحمد لله ربّ العالمين..
أخوكم الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني.

Salam ke atas para Rasul dan segala pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

Saudara kalian, Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani

ـــــــــــــــــ



sumber:
https://nasser-alyamani.org/showthread.php?t=23040

baca terjemahan inggris:
https://nasser-alyamani.org/showthread.php?p=192402